Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 19 Mac 2012

semua tentang rasa...

bercinta itu tidak selalu indah..
pasti akan ada yang terluka..
apalah nilainya sebuah hubungan andai saling melukai...
kenapa semakin lama aku merasai hubungan ini semakin hambar?
apakah rasa kasih dan sayang itu telah hilang..
wahai sayangku... mengapa ucapan janji dan cinta itu terlalu mudah terluah dibibirmu?
pernahkah kau mendengar hati ini merintih pabila kau semakin menjauh?
aku kuat... aku pasti kuat..
tapi aku tidak seteguh karang... 
ada ketika aku hilang arah... aku terluka... aku menangis..
harap kau menhulur tangan dan memberi kekuatan untuk aku terus bertahan..
aku tak kan lama di sini..
aku akan pergi... 
blh kah aku meminta sesuatu?
mahukah kau lakarkan sebanyak mana kenangan dengan ku?
supaya suatu masa nanti... ketika kau dan aku terpisah jauh.
masih ada sesuatu tentang aku yang kau akan kenang dan rindu... 
sesuatu yang akan membuat kau ingat bahawa aku pernah hadir dalam hidupmu..


Sabtu, 28 Januari 2012

:'(

awk... awk sedang melukai hati saya.....
awk tak kesian langsungkan kat saya?

kadang2 aku terfikir.... adakah aku tak di takdir kan untuk bercinta? 

Rabu, 25 Januari 2012

kau dan aku...

entah mengapa kadang kala aku rasa dekat dengan dia..
rasa diri ini begitu disayangi..
tetapi kadang kala aku rasa kami terlalu jauh berbeza... kenapa ek?
aku pun tak tau..
tibe ari aku teringat akan seseorang yang jauh dari idup aku,,
yang tidak pernah tercipta buat ku....
hahaha... entah bagai mana dia sekarang...
harap2 dia sihat dan sentiasa heppy..
aku harap insan yang mendampingi dia sekarang juga heppy.. :)

Isnin, 23 Januari 2012

my sunshine

knp cinta ini menyakitkan?
aku bukan perempuan yang kuat dan tabah untuk melalui kesakitan ini berulang kali...
kenapa harus hanya aku yang melalui kesakitan ini?

semakin kerap aku melalui kesakitan ini.. semakin aku takut dengan cinta.
ada ke cinta untuk aku?
kenapa aku rasa cinta hanya akan menyakiti aku?

ya Allah.... 
jika sekali aku merindui dirinya, wujudkan lah seribu kali kerinduan dihatinya buat ku....
andai dia tak tercipta buatku.. jauhkan lah dia dari aku..
hilangkanlah sayang dihati ini agar aku tidak terus melukai hatiku sendiri..

knp awk melukai hati ini berulang kali?
tk puas lagi ke bt saya nangis.......

Sabtu, 21 Januari 2012

hati ini...

hari ini sepanjang ari aku heppy... sebab sunshine ckp nak dtg jumpe...
aku buat puding laici ingat nak kasi dia sikit..
lagi pun dia ske puding..
tapi dia tak dtg sebab penting kan memancing dari aku..
entah kenapa aku ase aku tak pernah memiliki hati dia.. knp ssh sgt untuk dia meyakinkan aku yang kasih syg dia memang untuk aku?
gadiz itu.......entah kenapa aku berasa kami berkongsi insan yang sama untuk di kasihi..
aku tak nak mcm tu. aku nak dia hanya tercipta bt aku.
tamak kah aku?
aku bukan insan mulia yang sangup berkonsi kasih dgn insan lain..
sedarkah dia telah menyakiti aku?
dulu saat cinta dia di duakan, dia marah sangat2... sekarang sedar tak dia bahawa hati ini sedang melalui kesakitan yang sama?
atau ape yang aku rasa tak pernah penting bagi dia?


Selasa, 17 Januari 2012

la tahzan.....

senyum la....... tlg la senyum!
knp aku nangis lak..... ish tak reti bahasa la aku ni.
ape pun jadi, aku kne kuat. 

jika sejarah lame berulang.. aku kne bersedia.
ya Allah... hamba mu ini takut sangat2.......

Isnin, 16 Januari 2012

arrhhhhhhhhh!!!!!!!!
i miss u so much...............................................
i miss u so much...............................................