Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 29 November 2011

my sunshine...

Aku merindui dirimu...
Mungkin ungkapan ini hanya mampu aku simpan dihati
kerna tak mungkin dapat aku memberi tahu hakikat ini pada dirimu..
sedarkah hadirmu telah mengusik hatiku dalam diam?
Setiap bait2 katamu bak puisi yang indah buatku..

Wahai pujaan hatiku....
Janganlah kau cuba menduga hati ini dengan gurauan mu yang berbisa
Ini kerana tak mungkin hati ku mampu untuk menahan kesakitan itu..
Jika kau telah mengetahui apa yang berada di hati ini sayang,
Lafazkanlah apa yang kau rasai supaya aku tidak terkapai-kapai mencari kepastian..

Namun sedarkah engkau?
Dalam diam ada insan yang megharapkan hadir sayang dan kasih mu buatnya?
Ketahuilah...
Ada kerisauan dalam hati ini... :(

Kau datang ketika aku sendiri..
Ketika aku menangis hiba menahan sakit dan peritnya ditinggalkan..
Kau hadir saat aku memerlukan seseorang untuk membuat aku tersenyum...
Mungkinkah hati ini akan tamak untuk memiliki kasih mu?

Kalau saja aku mampu menceritakan semua ini padamu...
Pasti aku amat gembira..
Namun mungkinkah kau akan mengerti?
Yaa.... aku bukan insan yang sempurna...
Namun hadirnya hawa adalah untuk melengkapi kekurangan adamnya...

Sabtu, 22 Oktober 2011

dating?.. ermmm

dalam menjangkau usia 19 tahun... dan insyaallah tahun depan umo aku 20.. 
tibe2 aku terpk... dan aku tersedar..
aku tak penah dating!!
alamak.... tibe2 tak terasa tacing.. sob3...
ish.... bila aku toleh ke kiri, kanan, dan kiri lg <ni macam nak lintas jalan jer?>
baru aku sedar kawan2 aku semua penah ase dating tu ape...
aku je tak... uwaaaaaaa.............
tibe2 lak ase aku ni kategori tak laku!
uihhh......... mintak simpang! takmo aku mati reput sorang2<ape aku mengarut ni?>
semua orang cakap aku memilih sangat, sebab tu tak penah kapel,
aku ada la pakwe! <ingat lekeh ke?> hehehe
tapi.................... :'( <mood jiwang~~>
hmm...... ada macam takde..:(
tapi dating tu best tak ek?
any komen? 

Khamis, 20 Oktober 2011

cara nak buat roomate anda jadi giler....!! hahaha

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg" 
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!" 5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi" 
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka *****, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ***** dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang. 
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. 
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. via belogfadah.



Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/10/tips-20-cara-untuk-buat-roomate-anda.html#ixzz1bKrFOPjb

Selasa, 18 Oktober 2011

kenangan di poli (konvo, sukan kamsis)


konvo poli...






sukan kamsis



sepatutnye banyak lagi gambar yang cantik dan cun <perasan jer lebih..kihkih> 
tapi hanfon lak buat hal.. aduhh!! ni je la yang ada dalam laptop.. hehehe..
tak cantik tapi chomey :)

Khamis, 13 Oktober 2011

petua-petua tradisional

MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
· Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


 UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.



GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.


 IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.



 TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.



 MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.



 BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.



RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.



ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh. 





 RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.



ada banyak lagi petua... nur ambik yang mne menarik jer... klu nak tengok lagi banyak.. blh la bukak laman web ni k.. selamat mencuba :)

Rabu, 12 Oktober 2011

MARKETING JOKES.....


Professor at IIMs explaining marketing concepts to Students:

1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. "Marry me!" - That's Direct Marketing"

2. You're at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says: "He's very rich. "Marry him." -That's Advertising"

3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call and say: "Hi, I'm very rich. "Marry me - That's Telemarketing"

4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up and straighten your tie, you walk up to her and pour her a drink, you open the door (of the car) for her, pick up her bag after she drops it, offer her ride and then say: "By the way, I'm rich. Will you "Marry Me?" - That's Public Relations

5. You're at a party and see gorgeous girl. She walks up to you and says:"You are very rich! "Can you marry! Me?" - That's Brand Recognition

6. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. Marry me!" She gives you a nice hard slap on your face. - "That's Customer Feedback"

7. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. Marry me!" And she introduces you to her husband. - "That's demand and supply gap"

8. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and before you say anything, another person come and tell her: "I'm rich. Will you marry me?" and she
goes with him - "That's competition eating into your market share"

9. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and before you say: "I'm rich, Marry me!" your wife arrives. - "That's restriction for entering new markets"




Rabu, 5 Oktober 2011

Diet Coke + Mentos = mati???



betul ker? ish seram la kan? mungkin jugak salah... tapi sebagai langkah berjaga2, lebih baik kita elak kan... kalau la betul, effect yer terlalu menakutkan..... seyes menakut kan...........
tapi saya pun tak pasti la... mungkin jugak syarikat pesaing nak menjatuhkan kedua2 jenama terkemuka ni... entah... kadang2 ada je manusia berhati busuk ni... tapi sebagai mne kita tahu
coke sendiri memang ada effect yang buruk... malah terlalu banyak..

 antara kegunaan coke ialah:
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

<http://mymanutd.com/forum/thread-875.html> ada lagi... nak tengok lagi yg lain, bukak la website tu...
klu syg nyawa........ elakkan la makan dua bende ni serentak.... ni lebih elok. klu salah pun apa yg di ceritakan ni, kita takkan kene apa2 effect.. tapi klu betul, kita dah selamatkan banyak nyawa.. :) 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Chu'a'e

As far as the ocean is wide
through miles and miles of sea;
You will be someone special
a true miracle to me.
As high upon the mountain tops
as high as one can climb;
You will be so dear to me
the best friend I can find.
As many stars that twinkle
throughout the heavens above;
You will be a a bright reminder
of what it means to love.

chu'a'e  miss u :(

The word Love,

Love is something we all can enjoy,
It is something we all can share,
Only with that special someone,
Who we all care about.
But why are we scared of it?
I don't know why,
But if I wasn't,
I would tell you every time,
Rain or shine,
Every time we're apart I nearly cry,
Because this love inside of me is strong,
There are no boundaries that it can hide,
I want to scream it out,
But I'm too shy,
So I wait and watch wishing,
That I had the courage to tell you,
How much I feel inside.
MY LOVE FOR YOU WILL NEVER DIE.
This is to that special someone.
I Love You. 


Jumaat, 23 September 2011

cinta silam atau cinta sekarang?

semua org ada kisah silam... kisah yang kadang2 ada org yang masih berpaut dan berharap padanya..
dan ada yang berfikiran positif.. yang lepas biar la lepas.. "andai ada jodoh dia akan kembali pada kita.."
klu semua mampu berfikir macam tu kan bagus...
takde la banyak drama sangat dalam hidup ni..

kebelakangan ni, aku dipeningkan dengan masalah kwn2 ku masa sekolah dulu..
tak sangka kan.. dah sejauh ni aku datang.. tapi kisah2 ni masih ikut bersama aku..
hehehe
aku ase konflik yang melanda teman2 aku ni seakan masalah yang dicari sendiri
entah la..
antara mereka, aku patut sokong dan percaya siapa..? 
kadang2 aku ase ada antara mereka yang tak blh terima hakikat..
hubungan mereka dah berakhir! its over! 
kenapa masih nak musnah kan hidup yang lain? tak boleh ke biarkan dia heppy?
aku pening dgn sikap org mcm ni..
hanya sebab dia.. ramai orang lain merana.. menangis dan meraung <alamak! terlebih lak.>
entah la... 

cinta dulu tu biarkan berlalu..
jangan la biar ia terus berkudis dalam hati tu..
dendam tu sakit.. tapi untuk memaafkan jugak bukan senang
mulut yang bercakap memang anggap ia mudah, tapi hati yang menangis siapa yang tahu kan?




Jumaat, 16 September 2011

hai... :)

assalamualaikum..... :)
thanks sebab sudi baca apa yang aku merapu ni ek... 
jasa baik anda akan ku kenang sampai bila2.... 

klu tengok pada jam... dah pukul 11.05 pm.
dah malam.. tak ase pun ari ni berlalu, mungkin kerana seharian hari nie aku asyik khusyuk la tengok drama china.. lagi pun roomate kesayangan aku tu balik.. nak kua pun takde duit ni..
best yer depa balik SP!! 
aku je duk kenyit2 mata kat kipas..
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn............
dah la family aku pi jalan2 ari ni...
klu aku ada sekali kat sana, boleh gak tolong adik aku perabih duit papah dgn mamah...hahaha
tapi hakikatnya aku kat hostel ni.. yang ada, duk mengeluh macam org lepas bergusti.
uwaaaaaaaaaaaaaa.................... help me!!

ari ni saja aku pecah kan rekod peribadi aku.. hehehe.
aku bantai 3bungkus meggi sorang2 kat bilik dgn penuh emo.
uisshh.... ni la perangai terbaik, malas turun beli mknan. 
jadi jangan banyak ckp, makan je la apa yang ada..
sampai kering makanan dalam simpanan aku.. aku makan je keje ari ni tau.
kwn2 aku gak best.. mesti tgh berlingkar macam ular sawa kenyang... ye la, dapat makan laksa..
sebut pun dah terliur ni... urmmm.. sedap yer!!

ohya... aku ase dah 3tin air tin aku bantai...ish3
pi tanya vending machine tu klu tak caya..
balik2 muke aku jer duk raba2 dia..hahaha
kan best klu ada mesin automatik yang macam2 jenis makanan tu... takde la aku kebulur ari ni... hehehe

haaa.... contoh macam ni la!! banyak2....

pringles pun ada!! ni klu tengok drama sambil makan2 pringles mesti best.... :)

google pun sponser vending machine ni... 

AISKRIM!! giler sedap!! aku takde lak penah jumpa machine ni lagi.. tak tau la klu ada kat malaysia.. ada tak ek? 

haahahaha....... macam mane nak gune ni?

yummm........ dalam menu tu ada laksa kedah tak ek?

ishh......... kan dah pikir pasal makanan lagi!!
ni la padah yer bila takde nak buat apa... tapi nasib baik gak bende ni takde dekat2 aku..
klu tak mahu gedempol lagi la aku.. ish3..
mintak simpang la...tak mau dah besar lagi...!

Jumaat, 9 September 2011

siapa RatuNur?

ehem.... disebabkan aku tak tau nak cite ape..
jadi tajuk ni la terpaksa aku pilih... hehehee..
ish!! jangan salah faham tau... aku bukan nak promote diri.. huhuhuhu

yang paling aku nak tekankan kat sini.. siapa aku di alam maya dan alam nyata adalah amat berbeza..
kadang2 aku pun pelik... sebab ape ek? pada aku, ratunur dan aku adalah dua insan yang berbeza..
seyes!! mengenali aku pada alam maya.. bererti tidak mengenali aku pada alam nyata...
bak kata kwn aku... jangan percaya siapa pun yang kita kenali pada alam maya.. dan paling penting!! jangan jujur... hahaha
mungkin bunyinya kejam... tapi tu lumrah.. selama aku berkwn pada alam maya mahu pun berkapel sekali pun.. ssh aku nak jjur..
sebab yer... aku tahu, insan di sebelah sana juga menipu aku.. jadi kenapa aku perlu jjur kan?
sama macam menipu diri sendiri..
satu bende yang aku pasti.. bila aku jjur pada seseorang... itu bererti, aku percaya pada dia..
dan... aku yakin! tiada siapa ingin kepercayaan yang diberi didustai.. 
sekali kepercayaan aku didustai.. sampai mati aku akan ingat dan aku akan sentiasa berprasangka dengan org tersebut..

mmg aku jahat!! aku bukan malaikat.... kata org, org diam ni lebih jahat dari org yang banyak membebel...
dan aku sakit hati sangat2 dengan statement ni...
maaf.... jangan senang2 buat tanggapan pada aku..
aku memang jahat... tapi aku jugak manusia... tuhan pasti mencipta walaupun sebesar zarah kebaikan dalam hati aku... aku yakin!! 
aku bukan riak... tidak!! aku cuma penat... aku penat diadili oleh setiap insan yang sangka dirinya malaikat..
alhamdulillah.. andai dia betul2 baik, tapi jika dia tak sebaik mana.. aku doakan dia akan jadi insan yang baik, lebih baik dari aku.. amin..

dalam family.. aku anak sulong.. jadi rasa tanggungjawab tu ada pada diri aku..
aku ada adik yang perlu dijaga.. insyaallah, jika ada rezeki aku akan dapat sorang lagi adik. ini bermakna aku perlu jadi insan yang lebih bertanggungjawab..
satu sifat yang ada dalam diri setiap anak sulong adalah ingin melindungi keluarganya.. walaupun dia seorang perempuan.
aku tak tahu la aku mampu atau tidak.. tapi aku akan lakukan yang terbaik..
my lovely sister... :) i will do anything for her...

kawan2 yang bersama aku melalui hari2 di poli tercinta ni...
dayah dan fitrina 

kama & yunie 

hasanah

chek fazillah


eza



Sabtu, 3 September 2011

bila kebosanan..........................................

bosan la!! uwaaaa........
tak tau nak watpe.. selain dari ucap kan satu lafaz
"aku bosan!!"
tapi tak ilang jugak bosan yer.. aduhhh.. 
dah la sorang2 ni... roommate masih kat kg..
aku? hurmmm.... tdo sorang je la malam ni.
tapi tak gantuk agi..
nak on9... bosan gak.. nak tgk cite, semua dah tgk..
ape aku nak wat ni?
nak tulis pun takde selera dah..
otak takleh pk dah ni..


Selasa, 23 Ogos 2011

Isnin, 22 Ogos 2011

over ke????

kebelakangan ni.... kenapa tah aku asyik fikir bukan2.....
macam2 dalam kepala aku ni.. walau apa pun aku kene teruskan hidup kan?
ramai org yang berpesan kat aku.... aku kene kuat dan tabah.
terutamanya abg denial... dia selalu tolong risau kan aku.. selalu mintak aku tabah dan berhati kering macam dia
hehehe....... giler lawak abg aku tu.
tapi thanks la kat dia.. dia satu2nya org yang selalu tanya keadaan aku.. walaupun dia sibuk sekali pun..
terasa ada gak yang memahami kan?

ape my cute rabbit wat ek? hehehe
selalu pun macam ni.... :( 
jadi kenapa aku nak sedih kan? macam tak biasa lak aku ni...... kadang2 kami tak berhubung seminggu pun aku rilek jer.. dia pun..hahaha..
ape yang aku harap? ape yang dia nak? aku pun tak faham........... 
atau aku yang tak cuba untuk memahami ek?
adakah salah tu semua harus patah balik kat aku sorang je? 
hurmmm... aku ingat semua ni senang.. rupa yer salah.
mane cik nur yang pandai sangat nasihat org dulu ek?
yang jadi tempat kwn2 jadikan tempat rujukan masalah cinta?
aduhh...... semua yer dah berubah.. aku takkan nasihat kan org lagi.. sebab aku sedar diri aku pun tak ternasihat..haha
teringat lak kate2 seseorang.....
"no any can be happy with u
 no any one able to make u happy and no any one became happy bcoz of u
i wish to allah that dont give me happiness in life but give her only sadness
its my true wish to allah"
 adakah tuhan makbul kan doa dia? aku tak tahu......... aku cuma takut.. takut aku akan sentiasa menangis.
dan paling teruk.. bila sebab aku insan lain menangis... 
tiap kali aku baca doa dia pada aku ni... aku rasa takut aku tak tahu nak campak perasaan takut ni kemana.
andai doa dia termakbul.. adakah aku takkan bahagia sampai bila2?
ya Allah... seyes aku takut.
aku takut sangat-sangat...

Jumaat, 19 Ogos 2011

cerita dulu2..

Waktu sekarang pengaruh cerita korea terasa sangat2 kat malaysia kan?
termasuk dengan diri aku..hehehe
klu dulu setiap hari sabtu.. mesti dah ternganga depan tv tnggu cerita hindustan.. hahaha
ingat lagi masa zaman sekolah menenggah.. 
aku ni jenis dah berdikari sejak zaman sekolah rendah lagi.. papah dengan mamah awal2 lagi dah suruh aku duk asrama.
mase tu budak hinggusan lagi.. darjah 6. walaupun aku banyak menangis sepanjang duk asrama. 
aku berbangga jugak dengan diri aku, sebab aku mampu habis kan saat menyeksa jiwa dan raga manis aku kat sana.. mase tu yang aku tahu aku kene ikut cakap papah dgn mamah.. jadi aku redah je la.

bila aku naik sekolah menengah.. baik punyer plan ni tau, awal2 aku dah rancang TAK NAK DUK ASRAMA!! 
walaupun aku mampu bertahan sampai akhir sewaktu berperang kat asrama dulu. tapi aku tetap semat dalam hati aku.... bia la tu yang last...
tapi rupa yer tuhan  rancang lain untuk aku..
form1 aku terlepas dari duk asrama...naik form 2, aku diberi pilihan diwajib kan duk asrama........
saat  tu aku rasa nak terjun lombong!! nangis sangat2. kenapa aku yang terpilih? kenapa? adakah aku terlalu glamor? dulu mase siti nurhaliza akak2 sebelum aku takde lak peraturan bodoh ni!! sakit hati sangat2...
then dgn berat hati aku duk gak kat asrama... mesti pelik kan? kenapa wajib lak duk asrama? aku belajar kat sekolah asrama penuh ke? <klu la aku bijak macam tu...hehehe> entah.. ssh aku nak terang kan...
just mase tu cikgu aku ckp... semua budak kelas RK wajib duk asrama.. sampai form3 mase tu. aku ingat form 4 aku terlepas, rupa yer..... aduhh... kerajaan buat pulak pusat pembelajaran sains kat pantai timur masa tu... aku salah seorang terpilih dalam kelas ni... masa tu aku PPS1, yg ni lagi la wajib duk asrama..
akhirnya...... sampai aku habis form 5 aku duk asrama...
insyaallah aku dah biasa hidup yang penuh dgn peraturan...
hahaha
aku ingat lagi mase sekolah menengah..
tiap kali nak prep(study) kami di wajib kan pakai kasut bertutup walaupun bilik study bawah dorm kami..
kami wajib pakai jarum kat tudung mase nak ke sekolah..
wajib gosok baju sekolah..
salah satu denda yang masih aku ingat adalah 
mase ada budak kantoi bawak fon ke asrama..
kami kene pakai baju sekolah, seminggu.. tak blh tukar baju lepas balik sekolah.. sampai malam kami pakai baju sekolah mse tu.. giler syahdu...
tension siot......
aku ase macam nak bakar je baju sekolah mase tu..hahaha
mane tak yer!! budak skema macam aku ni kne denda skali?
eiii......... sakit ati tul.
mmg group aku mse tu terkenal dengan nama budak skema..
"VioVelVis"
my group name.. cantik kan?
ketua yer... ~~~perasan ketua~~~ Nur Pansy Violet <Nur Violet> (aku ske purple!! pansy violet sejenis nama bunga)
diikuti Eira Velvet (eira ni mmg lembut org yer.. sebab tu baldu kat belakang)
dan Neha Visualize (ni kawan aku yang paling kuat berangan.. tuhan je tahu. berangan je keje..ish3)

biler cerita balik cite mase zaman muda-muda sekolah... ase hepy lak
bak kate kama... rindu memang rindu zaman tu, nak kembali dan lalui sekali lagi.. ase cukup la kenangan dulu. bia la coretan yer macam tu. tak sanggup dah oiii........... hahahaa

BYE..BYE~~~~


Khamis, 18 Ogos 2011

SeNi MaKaNAn

hari ni.... entah kenapa aku asyik berfikir pasal makanan... jadi selepas membelek2 dekat google page. 
aku terserempak dengan satu entri yang menarik...
mungkin sebab bulan pose kot.. jadi makanan je la yang paling menarik perhatian sekarang!! hahaha
tapi jangan renung lame2 lak.. makruh pose tu kan.. aku tak tau..
ni link untuk ke tempat asal aku jumpa semua gambar2 yang menarik ni... 
selak2 la blog dia ni.. banyak giler bende2 yang cool tau.... 


cantik kan? nak makan pun sayang........ memang kretif la org yang buat makanan ni.

klu korang.. aku tak tau la.. tapi klu aku, tak lalu la nak makan. eiii... 

klu tengok lame2 seram pun ada gak.... biasa tembikai memang selalu jadi mangsa ukiran..
terutamanya time majlis2 kahwin.... kadang2 manusia mmg ske membazir kan? 

yang ni? mmg kreatif!! ssh tu nak wat.... klu tak pandai bab2 ukirang ni <mcm aku> tak yah la nak wat, buat lunyai tembikai tu je.. baik wat makan je..hahaha

comey!!! cute!! sayang la nak makan pun... klu tenung lame2.. nampak mcm mr crab kan? 


Selasa, 16 Ogos 2011

masalah... ooo.. masalah.........

siapa dalam dunia ni takde masalah?
ce angkat tangan... hehehe
aku pasti tiada siapa yang takde masalah....semua org ada masalah sendiri.. tak kira la  sama ada besar atau kecik... dan buat2 besar..
pada aku selagi seseorang tu hidup.. dia akan ada masalah. 
sebab takde masalah pun satu masalah tu.. hahahaha

entah knp buat seketika aku bermenung akan coretan hidup aku ni <mak aii.. awat jiwang sangat ayat aku malam ni?>
rupanya banyak bende dah aku lalui... dari waktu aku budak hinggusan sehingga budak comey lote<jangan jeles...> 
dua tiga menjak ni... dilema hidup dan lena aku... adalah LI(latihan industri) 
mungkin ada yang bace post kali ni akan berkate "ape ssh, cari je la" 
haa... tak ssh ek. meh sini cari kat aku.. >:( 
pening la... tak tau mne arah nak tuju ni. aku tgk peta dunia pun.. macam blank je. macam takde tempat lak untuk aku kat dunia ni<huhahahaa... makin bahaya ayat ni>
lagi pun.. sejak aku single and available<promote diri sebentar... sesiapa berminat untuk isi kekosongan sila beratur, sementara kekosongan masih ada..sekian> ni... makin blurr lak..
aduhhh...... jangan la aku giler meroyan lak nnti...uwaaaa!!
berbalik pada story mory aku tadi.... aku betul2 tak tau nak wat ape.
keadaan macam tak memihak pada aku.... 
kadang2 aku berfikir, bukan ke impian aku selama ni nak pergi main jauh2 dari family..
kutip seberapa banyak pengalaman di tempat org.. sebelum kembali ke tempat sendiri.
tapi entah la, baru sejauh kedah pun aku dah macam terkapai2..
nasib baik tak lemas lagi.. fuhhh!! klu tak naya.. aku mne reti berenang!
alamak.. ape aku mengarut sampai lemas lak ni...huhuhu
ohh tidakkk!!
ape aku nak wat?
<aku benci soalan ni.. sebab takde jawapan!!>



Ahad, 14 Ogos 2011

Sebuah Kisah

Dalam setiap hikayat
pasti menceritakan mengenai siapa hero dan heroinnya... dan pasti jua wujudnya beberapa pelakon sampingan dalam mencantikkan lagi hikayat sang hero dan heroinnya....
tidak disedari... sebenarnya tanpa wujud pelakon sampingan a.k.a penyibuk dalam hubungan ini, 
pasti ceritera cinta ini tidak seindah mana untuk dikenang dan dicerita saat tua kelak.

pernahkah ada antara kita menjadi pelakon sampingan itu?
semua insan  pasti ingin menjadi permaisuri kepada seorang raja <dan begitulah sebaliknya>..
bukan insan yang hanya datang seketika buat mewarnai jalan cerita yang tidak akan berakhir...
tapi.. adakah itu pilihan kita untuk menentukan apa watak kita dalam kisah ini?
telah berbagai janji dan sumpah saat bersama.... dan pada suatu ketika kita tersedar..
"bukan aku ke pemilik kasih dia?" 
terasa bagai tersungkur saat itu pastinya... barulah terpampang apa watak kita....
hanya seorang insan yang tiada kepentingan... 

adakah kita yang tidak layak buat dia @ dia terlalu sukar untuk digapai?
kadang2 umpama kita mengengam ais.. kita mampu melihat ais itu..
malah kita genggam seeratnya supaya tidak pernah terlepas dari tangan kita...
tapi tanpa sedar... kita telah kehilangan ais itu. 
kenapa? sedangkan seeratnya telah kita simpan ia dalam genggaman...
atau sejak awal lagi cerita ini tidak pernah bermula........
nur teringat suatu kata2.....
"jangan kita mencintai insan yang kita cintai tapi cintailah insan yang mencintai kita..."
kerna dia yang mencintai kita akan lebih menghargai kita melebihi org yang kita cintai...
tapi mampukah kita mengelak dari mencintai.. sementara menanti untuk dicintai?
persoalan yang terlalu subjektif untuk dijawab...
pasti semua ada jawapan untuk hati sendiri....



Sabtu, 13 Ogos 2011

simple life but...................

assalamualaikum............
awal lak merapu ari ni..hehehe.. kenapa ek?
adakah kerana ni blog baru..jadi tangan ni asyik gatal je nak menaip..??
ni la punca blog aku di penuhi nasihat leteran  dan petua bebelan  yang tak pernah sudah...
peduli ape aku!! hehehee
klu mengikut takwim dan acara polimas tercinta ni.. ari ni insyaallah ada taklimat <tak tau la tajuk pe..> hingga ke berbuka pose ase yer.. urrrggghh!! malas giler......~~~~
aku tak tau la klu ada yang excited dgn acara ni.. 
tapi kenapa manusia berubah ek? dulu mase zaman sekolah universiti aku la paling ske dgr taklimat hahaah
p/s: takyah masuk kelas @ kelas takkan ada terus klu taklimat tu lama..hehehe

biler aku belajar kat sini sekarang~~~ 
tiap kali dgr ada taklimat je.. aku tension.. uwaaaa!! tak syuke..tak syuke!!
terutama bila cuaca ribut taufan mendung macam ni.. terasa je aura nak kuak lentang dengan miss dayah <roommate>
di sebab kan itu.. dengan nekad!!! 
aku nak join dia tido... papai~~~




post pertama... yeahhh!!!

assalamualaikum....... tok..tok!!
ehem... tibe2 tak ketar lutut biler start merapu menulis kat sini.. kenapa ek? 
adakah kerna ni blog baru? hehehe blog baru.. tapi penulis lame kot.. hahaha <tbe2 lak ase macam basi je aku ni> 
makan donut dulu........ weeeeeeeeeeeeeeeee!!!




ehh... lepas makan donut terus ilang idea.. alamak!!! nak tulis pe ni?
hahaah.... ok kita cerita punca utama kenapa ratunur start merapu kat sini dan berhenti merapu menulis kat nur sang ratu....
walaupun pada dasarnya persoalan ni tak cerdik untuk dihuraikan ye anak2 kwn2 sekalian.. 
kenapa aku berhenti kat sana.. takyah cite la. aku rasa tak penting nak cerita.. buat pembaca aku yang budiman ni menguap jer..hahaha
sbb utama aku mula semula aktiviti ni adalah kerana teman2 seangkatan dgn aku yang mula berjinak2 dgn dunia blogger.. 
entah kenapa biler tgk je blog depa yang cun melecun tu.. menerbitkan sindrom demam ber-blog semula pada aku ni..hahaha..
maka lahir la karya yang merapu kat sini lagi..huahahaha...
kali ni blog aku lebih menarik kot dari yang dulu.. yang dulu tu terlalu bendul blog aku tu..hehehe 
biasa la budak baru belajar. 
ok la... dah kul 12.. sampai bila aku nak mengarut... kan? hehehee..
<sahabat ku yang tercun,sedang mengaganggu emosi ku.. jahat giler nazurah ni..uwaaaaaaaaaa!!>